Thursday, February 27, 2014

Anak dan Ibu Bapa

Aku terpanggil untuk menulis tentang kisah pasangan suami isteri warga Tanah Melayu kita yang menjadi tahanan di Sweden sekarang. Mereka berdua ditahan kerana dituduh memukul anak-anak kerana soal solat. Aku taknak tulis nama mereka mahupun anak-anak. Semua pun sudah tau, aku pasti. Hampir setiap 2-3 hari media terus mempanaskan kisah-kisah mereka dengan satu demi satu pengakuan anak-anak. Bermula dengan anak lelaki kedua, dan sekarang kakaknya yang sulung pula.

"Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya." Kata si kakak.

Ibu memarahi kerana seluar jeans yang dibeli oleh ibu saudara untuk beliau sangat mahal.

Dan macam-macam lagi. Dari si kakak.

Sebagai seorang anak yang dibesarkan dalam keluarga yang besar, aku kini faham kenapa ibu aku sendiri garang. Pukul anak bagi aku kini memang terasa logik bagi ibu yang perlu membesarkan anak-anak yang meningkat remaja. Aku tak kata pukul budak itu betul. Memang salah. Itupun jika ianya kerana tiada alasan. Aku pun ada anak-anak. Kecil-kecil lagi. masih belum menginjak tiga tahun pun yang sulung. Aku faham perasaan si ibu di Sweden itu. Bagi aku, nak menjaga dan mendidik 2 bayi pun dah betul-betul menguji kesabaran, apatah lagi si ibu yang mempunyai 4 anak remaja dan kanak-kanak sebesar mereka itu. Yang dah pandai bercakap, berfikir dan dah besar!

Media pula, tidakkah rasa malu nanti bagi si kakak jika dia sudah dewasa kelak?

"Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya." Kata si kakak.

Tidakkah nanti kakak merasa menyesal berkata begitu terhadap ibunya? Yang melahirkan, membesarkan, mendidik, memberi didikan agama, memberi keperluan makan yang tak pernah putus, menjaganya ketika demam?

Setiap orang berbeza pandangannya. Dan bagi aku, media tak perlulah memperbesar perkara begini. Mungkin semasa sesi temubual itu, anak-anak itu dipujuk untuk meluahkan segala isi hati yang terbuku tanpa perlu takut ibu akan pukul lagi. Mungkin juga mereka dipsiko untuk bercakap sesuatu yang mereka sendiri tak faham dan tak terfikir tentang efek selepas itu. Mungkin?

Aku pun tak tahu. Aku cuma boleh mendoakan semoga pasangan ibu bapa tersebut kembali seperti biasa dan meneruskan hidup spt biasa dengan anak-anak. Yang aku pasti, pengalaman ditahan dan dipenjara sudah cukup untuk mereka memikirkan kesemua yang telah ditakdirkan oleh Tuhan kepada mereka. Ada hikmahnya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment