Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri~~

Dah raya 2013!

Ko percaye tak. Aku caye. Sebulan puasa dah lepas.haishh

Rais dah boleh jalan. Sekejap2 hantuk dinding, sekejap2 hantuk pintu. Lebam sesaja. This year first time rais raya dengan baju raya. hahaha omeeeyyy

Kakaknya pun dah pandai bercakap. "ammy, nak susu"

"Nanti la tunggu papa, papa balik nnt papa buat"

"Ala papa tade papa keje..."

Gulp, tecekik air liur aku dengo dia ckp dengan melaju nye,

Alhamdulillah , anak2 mummy dah besar..

Thursday, March 14, 2013

Keroje

lately aku sgt sibuk. memandangkan bulan ni nk audit, lg berlari-larian lah aku dengan sume keje yg ada. mana nk tgk design, mana nk tgk bq, mana nk tgk tender.pastu kt umah, anak2 lg. suami lagi. huhuhu. bykkkk sgt keroje.tp yg peliknya, asal aku tak kuruih2?haishhhh.....

*mkn 3 kali sehari. mmg tak boleh kurang coz klu tak mkn je, susu mula lah majok malu2 nk kua. huhuhu, akhirnya, terpaksa gak sticked to 3x meal / day.

emm bila la nk tuka keroje ni. keje manyak, gaji ciput. apepon.. stil rase tersangat2 syukur coz Alhamdulillah, kat benda lain Allah telah menolong aku. anak2 sihat, suami sihat, emak sihat dan ayah pun Alhamdulillah...

Tuesday, February 5, 2013

Happy Chinese New Year

Merujuk kepada keadaan aku yang tak betul ni, aku rasa kepala aku makin memberat. Aku mengantuk. Aku nak tido. Sebab aku tak cukup tido. Mentido sangat best sekarang. Bole menternak lelemaks lagi. Haks

This coming weekend is Chinese New Year!!!! As usual, memang aku akan heret laki and anak2 balik kampung aku sebab aku mmg susah nak balik kampung sebab aku kereja 6/7 days per week. Dasat kan. Aku heran ade lagi kampeni kat dunia ni yang buat hari sabtu sebagai working days. Memang rosak segala bagai program. Cis cis cis dan cis lagi

Hari sabtu ni, akan gerak balik pd. Tak saba sangat. dekat 6 bulan dah ak tak balik pd. mmg sadis kan. Bukan ape, masa tu mmg takda. kalau ade masa pon, ade je bende nak kena buat kat perak ni. Adoi doi doi dan doi.

Sekarang tengah tunggu bonuih. Kot ada. Klu xde, mmg aku ngamok. aku nak balik pd ni. adoiiiiiiii nak duittttt hahahas

Happy Chinese New Year!

Friday, January 25, 2013

Cuti dan cuti dan cuti

Selawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Semalam cuti. Maulidur Rasul. Yosh, seronok tak terhingga sampai kol 11 jek. tibe2 ade orang datang ngaco. hish

Arini keje lagi. Esok keje lagi. Lusa x keje. Tulat pon Cutiii

Yeaaaahaaaa xsabau nak cutiiiiii cepat lah abes!!! Hahaha

p/s: Jangan la ade orang kacau lagi. Haakuu nak kemas rumahhhhh


Tuesday, January 22, 2013

Outstation, Lagi?

Aku selalu dipanggil bos untuk attend meeting. Selalunya meeting yang jejauhhhhhh aje. Mengapelah semua ini terjadi kepadaku....Sobs.

Last time masa aku kena g Ptjy, husband aku ambil cuti. Drive kan aku ke sana. Tapi tak bawak anak2 sebab meeting tu kul 3 ptg. Boleh balik ari aje. Masa g sana aku tension sangat2 sebab tak sampai2. Jauhhhhh sangat dari perak ni sampai kan aku rasa dah nak sampai kg. Pd dah. Mane tak nye, aku gerak kul 10 pagi. Tepat kul 3 ptg aku sampai sane. Bebal masing2 kat dalam kete.  Penat satu hal, sesat satu hal lagi! Haish..Kalau aku g sorang gamaknya memang aku stop tgh jambatan kat ptjy tu, pastu terus jerittttttttt kuat2!. Huarghhhhhhhhhh. But....Alhamdulillah...aku sampai dengan slamat dengan bantuan husband yang sangat baik ati. Thank you ALLAH sebab bagi my husband pada aku.. Syukur ya amat. Tak pernah merungut sebab sampai kan amik cuti nak tolong bawak aku. Syahdu kan...? 

Minggu lepas pulak aku kena attend meeting kat Pengkalan Hulu. Ko tau mane tempat tu?Nuuuuunnnnnnnnnn di sempadan Malaysia-Thai. Lebih kurang 4 jam perjalanan dari sitiawan. This pun same gak. Incik somi amik cuti lagi bawakkan. Terharu tak?Terharu tak?terharuuuuuu laaaaaaaa...For this project, ni pestime aku kene g sebab before this orang lain yang kene pegi. Oleh sebab kakak tu dah resign, aku la black sheep yang kene sambung. HuhU. Blik keje kemarin trus gerak pi sana, fuh jauhhhhhhh nye terasa, hubby yang penat2 aku pulak yang lebih. Dah la bawak anak2 semua. Sebelum tu, otw kitorang drop by kat rumah baru sepupu  hubby, kak liza. nengok umah baru sambil hantar dulang hantaran yang adik ipar aku pinjam.punya lah cantek, perghhhhhh masyuk dan melelehkan air liur tau tak..syioknya nengok umah baru orang, bile la nak merasa. huhu, then lepas tu meneruskan perjalanan ke P.hulu. Masuk tol ipoh utara kuar tol kk. adelah 15 minit perjalanan. cepat je. yang jauh tu, dari tol kk sampai ke pengkalan hulu. huhu jenuhhh.

kol 12 mlm baru sampai kat petronas pengkalan hulu. stop kejap sebab nak kol receptionist depa kat chalet air panas tu. kol punya kol tak berangkat2. tido la tuuuu hampeh tol. hubby dah nak marah dah tu. haishhhhhhhh depa ni tension btol aku. nak mintak direction pon susa. tepon punya tepon, last last berangkat jugak. ding dong ding dong, dah dapat direction, trus gerak g sane. sampai kat sane, terus semua silent. gulp. gulp. gulp. telan liur. gelap gulita jah?dalam hati tertanya2.huhuhu sabau yolah. diam kan aje. Seb bek brader tu tunggu kat depan offis. Amik vip chalet, ade astro, ade kettle, 2 bilik. kirenya total 4 adult la boleh tido selesa. kalau nak bawak ramai lagi pon bleh tapi kena la request bantal lebih.

Bummm terus tido je lepas mandi. tiba2!!!!!!hubby jerit cakap bukak lampu. terus dia lompat dari katil kibas2 bukak kain pelekat.rupa-rupanya.....tilam tu penuhhhhhhhh dengan semut itammmmmmm. Arrrrrrrr jerit jerit jerit. terus angat kakak, angkat rais pegi bilik sebelah. abang tepon2 orang tadi tak angkat2.kawan dah geram ni. haish nak kena. last2 angkat jugak. brader tu dtg dengan sheildtox???

abang ckp xde rumah lain ke?kami nak rumah lain.

ala cik, xdela yang lain tak kemas lagi.jawab orang tu.

aku dalam hati dah cuak dah. sian hubby dah la penat drive kena pulak gigit semut hitam besar. huhuhu, bertambah sayang kat hubby!!

ape lagi..tido jela kat bilik tu.

esok nya lepas meeting, trus hubby tido sebab dia dah penat jaga anak while i attend the meeting. aku kemas2 and packing sebab nak kena balik cepat. hubby bangun tido terus je gerak balik Perak.

very thankful sebab hubby sanggup berkorban amik cuti, jaga anak2 and drive kan kami. sangat sayang hubby. Alhamdulillah. Thank you Allah..

Tuesday, January 15, 2013

Lupa Lagi Ke?

Sejak kebelakangan ni, sistem memori aku sudah tak berapa bagus. Kerap kali boss aku tanya, aku tak dapat nak beri jawapan. Sebab? Aku selalu lupa. Banyak benda yang aku dah lupa. Terutamanya selepas aku melahirkan anak kedua, Rais. Penyakit kelupaan aku ni makin lama makin menjadi-jadi. Orang kata semasa melahirkan anak memang ade banyak urat orang perempuan yang putus. Adakah kerana urat yang putus itu?

Entahlah, aku pun tak tahu. Aku selalu anggap segalanya akan ok tak lama lagi. Lepas tragedi melahirkan Rais, aku selalu rasa aku tak nak mengandung dah. Berdosanya aku ni...mungkin balasan bagi aku yang tak bersyukur..tapi nak buat macam mana sebab buat dua hingga tiga tahun ini memang aku dilarang untuk mengandung lagi sebab status kesihatan aku yang tak mengizinkan lagi. Masa kat hospital, semua doktor yang attend and baca kes aku akan cakap cuba jarakkan kehamilan selepas ini. Takut akan ada problem yang lebih besar nanti.

Suami aku pun sama. Aku tau dia sedih tengok keadaan aku yang tak berapa sihat masa mengandung tempoh hari. Sebab tu dia selalu tolong aku buat kerja rumah. Segala apa yang berlaku kat rumah tu, kebanyakkan nya dia yang settle kan. Syukur tak terhingga..Aku berdoa semoga dia sentiasa macam ni! Hehe. Aku tau dia nak jaga aku dan anak-anak elok-elok. Aku pun sama. Kalau diizinkanNya, aku nak beri segala yang terbaik untuk kedua permata itu. Pelajaran, tempat tinggal, makanan, pendek kata, segala-galanya. Barulah aku sedar, inilah yang dirasai oleh mak dan ayah aku. Mak, ayah, sayang mak ayah sangat-sangat. Semoga Allah memurahkan rezeki, memberi kesihatan yang terbaik dan ketenangan jiwa serta syurga di akhirat pada mak ayah dan keluarga kita.

*Jangan Lupa doa untuk ibu bapa!




Thursday, January 10, 2013

not too late to say goodbye 2012....

It's 2013!!~~wuoot wuoot

Lambat betul hapdet ini belog-ku-bela-sekejap-sekejap-dush.

Quick Review for year 2012 :) :-

1) Umaya start walking
2) BIL Musa got married!
3) Besties Izzati Niar & Nik Shidah got married
4) Baby Rais was born
5) Umaya called his bro - Aish; so shwuitttt~~tee hee
6) Letting go My So-Nostalgic-Plus-Sentimental-Waja
7) Having My New-So-Elegent-Like-Me-Alza
8) Umaya learnt few notti word like 'no no no no no' together with her finger!~~so shwuittt
9) I'm getting fatter and flabbier, hahaha
10) My nanny's husband passed away, sobs....
11) Besties Izzati Niar & Nik Shidah veranaks!~haks

Anyhow, it's a good year!

Thank You ALLAH.Alhamdulillah...