Tuesday, January 15, 2013

Lupa Lagi Ke?

Sejak kebelakangan ni, sistem memori aku sudah tak berapa bagus. Kerap kali boss aku tanya, aku tak dapat nak beri jawapan. Sebab? Aku selalu lupa. Banyak benda yang aku dah lupa. Terutamanya selepas aku melahirkan anak kedua, Rais. Penyakit kelupaan aku ni makin lama makin menjadi-jadi. Orang kata semasa melahirkan anak memang ade banyak urat orang perempuan yang putus. Adakah kerana urat yang putus itu?

Entahlah, aku pun tak tahu. Aku selalu anggap segalanya akan ok tak lama lagi. Lepas tragedi melahirkan Rais, aku selalu rasa aku tak nak mengandung dah. Berdosanya aku ni...mungkin balasan bagi aku yang tak bersyukur..tapi nak buat macam mana sebab buat dua hingga tiga tahun ini memang aku dilarang untuk mengandung lagi sebab status kesihatan aku yang tak mengizinkan lagi. Masa kat hospital, semua doktor yang attend and baca kes aku akan cakap cuba jarakkan kehamilan selepas ini. Takut akan ada problem yang lebih besar nanti.

Suami aku pun sama. Aku tau dia sedih tengok keadaan aku yang tak berapa sihat masa mengandung tempoh hari. Sebab tu dia selalu tolong aku buat kerja rumah. Segala apa yang berlaku kat rumah tu, kebanyakkan nya dia yang settle kan. Syukur tak terhingga..Aku berdoa semoga dia sentiasa macam ni! Hehe. Aku tau dia nak jaga aku dan anak-anak elok-elok. Aku pun sama. Kalau diizinkanNya, aku nak beri segala yang terbaik untuk kedua permata itu. Pelajaran, tempat tinggal, makanan, pendek kata, segala-galanya. Barulah aku sedar, inilah yang dirasai oleh mak dan ayah aku. Mak, ayah, sayang mak ayah sangat-sangat. Semoga Allah memurahkan rezeki, memberi kesihatan yang terbaik dan ketenangan jiwa serta syurga di akhirat pada mak ayah dan keluarga kita.

*Jangan Lupa doa untuk ibu bapa!




No comments:

Post a Comment